23 August 2011

Belajar kerana sape ?



Kerana Sape?

Belajar kerana manusia, hidup sengsara.
Belajar kerana manusia, bila gagal kamu hampa.
Belajar kerana manusia, bila berjaya baru kamu lega.

Belajar kerana Ilahi, 
Bila berjaya, kamu sujudkan dahi.
Bila berjaya, kamu senyum nampak gigi.
Bila berjaya, kamu rasa nak usaha lagi.
Tiada rasa cukup ilmu dalam hati.

Belajar kerana Ilahi,
Bila gagal, patah semangat jauh sekali.
Bila gagal, rasa nak cuba lagi.
Bila gagal, tiada manusia boleh gugat diri.

Belajar kerana Ilahi,
Tiada cacian berbekas di sanubari.
Tiada makian boleh guris hati.
Tiada kutukan lemahkan spirit dalam diri.

"Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat..." (Al Mujadalah:11)
******************************

Study Yang Steady

Belajar kerana Allah, pasti bahagia.
Belajar kerana Allah, pasti berjaya.
Pasti jalan ilmu itu bercahaya.
Pasti jelas matlamat seorang hamba.

Belajar kerana Allah, tiada frust menimpa.
Apa pun result diterima seadanya.
Bila berjaya takabbur tiada.
Bila berjaya Alhamdulillah sentiasa.
Bila berjaya kita sedar ilmu itu milikNya.

Belajar kerana Allah, bila gagal tetap berlapang dada.
Puji keji manusia sekadar singgah di telinga.
Tiada ambil kisah itu semua.
Itulah musafir ilmu berakal sempurna.

Ilmu itu datang kepada pencintanya, pendambanya.
Pencintanya itu ialah yang cintakan Al Hakim.
Yang Maha Bijaksana.
Pendambanya itu ialah yang dambakan Al 'Alim.
Yang Maha Mengetahui segalanya.

"Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu." (Fatir:28)



dari blog ini :)

No comments: