27 May 2010

sahabatku aina~




Aina, jomlah berdakwah

Aina, ummah semakin koyak

Aina, jomlah kita bangkit mengubah segalanya


Aku tidak mahu

Mungkin aku malu

Mungkin aku segan

Mungkin kerana aku terasa ilmu yang aku ada sangat sedikit untuk dikongsi bersama

dan Mungkin ada orang lain yang lebih layak daripada aku mentarbiyah serta mendidik

Mungkin..

belajar lah,dan study lah untuk memenuhi dada dengan ilmu Mu.




Dakwah bukan je plainly cerita rububiyah ketuhanan,tapi banyak lagi skopnya

Bukan ke islam tu syumul

Kalau nak berjaya, kena study

Waktu study, studylah

Esok kalau dah berjaya

Aku buatlah kerja dakwah tu

Kalau aku buat kerja dakwah, aku gagal dalam pelajaranku

Kan nanti aku menutup mata orang lain terhadap Islam



Aina, dakwah dan pelajaran bukan macam jongkang jongkit


Jongkang jongkit?

Apa kau merepek ni?


Ya, dakwah dan pelajaran BUKAN macamjongkang jongkit

Bila dakwah di atas, pelajaran di bawah

Bila pelajaran di atas, dakwah di bawah

Tu bukan dakwah namanya

Dan tu bukan belajar namanya


Habis tu?


Hmm, dakwah dan pelajaran kena berkadarterus

Tak boleh inversely propotional


Apa maksud kau?


Orang yang melakukan kerja dakwah dengan ikhlas akan menemukan Allah dalam pelajarannya


Aku tidak faham


Tak pe, aku terangkan

Macam gini, bila dah berdakwah tu

Rasa senang je nak study

Bila belajar tentang jantung misalnya

Boleh bayangkan betapa hebatnya Allah ciptakan jantung

Bila belajar tentang algebra, terasa kerdilnya diri

Bila belajar tentang Hukum Boyle, terasa akrab dengan Pencipta

Kenapa?

Sebab diri tahu bahawa hukum-hukum tersebut adalah hukum Allah

Ilmu-ilmu tersebut adalah milik Allah

Rasa senang hati nak terima ilmu

Kalau orang lain study 1 jam

Dia hanya perlu study 10 minit sahaja

Sebab apa?

Sebab ada keberkatan masa dalam studynya itu


Aku tak pernah rasa semua itu

Lain tu, selama ni kau nak cakap yang aku ikut program tarbiah dan dakwah tu tak ikhlas?


Tak, itu bukan maksud aku

Cuma kena checklah sikit hati tu

Waktu buat kerja dakwah tu, ada takberlaku tarik tali dengan Allah


Apa maksud kau tarik tali dengan Allah?


Ok, aku berikan contoh: Misalnya waktu buat kerja dakwah tu,

Terdetik tak kat hati , banyak lagi yang tidak habis belajar

Terdetik tak kat hati, assignment banyak lagi

Itulah maksudnya tarik tali dengan Allah

Ada keraguan dalam hati

Seolah-olah tidak yakin dengan janji Allah

Siapa yang menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolongnya

Kita melakukan jual beli dengan Allah, tapi kita tidak bayar lagi

Kita berdoa, tapi takde kesungguhan dalam doa kita

Kita berdakwah, tapi hati kita tiada dengan Allah



Aku dah faham

Aku kena banyak muhasabah

Aku dah study dari tadi, tapi tak masuk-masuk

Aku tahu itu maksudnya peringatan dari Allah

Aku yang tahu hukum berdakwah tidak mengerjakan kerja tersebut




Aina, sahabatku,

Seorang ibu pernah mengatakan

Aku ingin dakwah terlihat dalam setiap perbuatanku

Setiap kali aku bergaul dengan jiranku,

aku ingin mereka merasakan kemanisan iman dan Islam

Setiap kali jiranku melihat kebahagian rumahtanggaku,

aku ingin merekamerasakan keindahan Islam

Aina, itulah yang inginku kubentuk dalam diriku

Aku ingin setiap perbuatanku menjadi manifestasi dakwah itu sendiri

Pelajaranku, hubunganku dengan keluarga dan sahabat,

segalanya adalah dakwah

Moga kita bersama dalam usaha merealisasikannya

Aina, aku ingin berkongsi dua kisah,

Pertama,

mengenai kisah Assyahid Imam Hassan AlBanna

kedua

kisah sahabatku di Indonesia

$Moga kedua-dua kisah ini dapat kita renungkan bersama

Menjadi motivasi buat kita untuk terusberada dalam mandala ini.

kau pastinya tahu serba sedikit mengenai Assyahid Imam Hassan AlBanna.


Dakwahnya menyinari hati umat manusia di saat itu.

Dia berdakwah sehingga ke kawasan perkampungan di gunung-gunung yang tinggi.

Semua manusia mengenalinya.

Tanyakan sahaja di jalanan di saat itu,

kenalkah kamu dengan Assyahid Imam Hassan Al Banna,

pasti semua mengenalinya

kerana kerja kerasnya di dalam perjuangan dakwah .

aku akui sememangnya untuk berjaya dalam pelajaran,

kita kena berusaha.

Itu Sunnatullah.


Tapi ,

kemenangan Islam takkan tertegak dengan kata-kata,

atau dengan mimpi sahaja.

Untuk memastikan kejayaan dakwah,

kita juga kena berusaha.

Itu juga adalah Sunnatullah.


Kemenangan Islam memerlukan pengorbanan dari pengikutnya.

aku kongsikan pembacaanku

dalam buku Detik-detik Hidupku

karangan Assyahid Imam Hassan Al Banna:Itulah rahsia kejayaan seorang Mukmin.

Seorang sahabat di Indonesia pernah bercerita mengenai pelajarannya.

Alhamdulillah, dia memperolehi yang terbaik.

Dia ingin mempertahankan prestasi terbaik untuk Allah, agama Allah.

Di sudut lainnya,

dia tidak suka mengejar dunia,

bersaing untuk berasa hebat.

Dia hanya ingin memberikan yang terbaik sebagaihamba Allah.

Dahulu dia bukan begitu.

Dia pernah kecundang.

Dia pernah bertanya kepada Allah –

Ya Allah, kenapa engkau mentakdirkan prestasi yang baik buat temanku?

Apakah temanku itu punya alasan yang kuat sehingga Engkau menolongnya.

Aku mempunyai mimpi yang besar untuk menegakkan agamaMu melalui pergerakan dakwah.Maka aku mohon bahawa aku harus berjaya.


Lalu Allah memberitahu dirinya melalui suatu kisah sahabat yang dijamin masuk syurga, padahal seharian ibadahnya sama saja seperti sahabat yang lain.Dan ketika ditanya prinsip hidupnya, sahabat itu menjawab

"Aku tak suka membanding-bandingkan apa yang Allah berikan kepada hamba-hambaNya. Aku yakin Allah Maha Baik dan menjamin kebaikan untukku dalam situasi sulit atau lapang.Aku akan tetap redha kepada Allah dalam situasi apapun. Aku akan tetap bersaksi bahawa Allah adalah Robb yang Maha Esa, meskipun gunung-gunung harta itu milikku atau aku tak punya harta sedikit pun".


Sejarah menunjukkan kita bahawa rupa paras bukan persoalan utama.


Ingat lagi tentang Abdullah bin Ummi Makhtum.

Dia sahabat nabi yang buta.Dia mahu membawa panji bendera Islam.

Katanya, buta menyebabkan dia tidak takut kerana dia tidak akan dapat melihat bilangan musuh.

Akhirnya dia syahid.

Mereka yang menemui mayatnya tidak dapat mengecamnya

kerana terlalu banyak luka parah yang dialaminya.

Subhanallah.

Pasti kau ingat lagi Assyahid Sheikh Ahmad Yassin.

Dia cacat. Duduk di atas kerusi roda. Tapi apa yang telah dia lakukan?

HAMAS berdiri dengan izzah. Musuh menggeruninya.


Sebenarnya, kita sempurna.


Ayuh lakukan sesuatu untuk Islam.


Ayuh berada dalam saf perjuangan.




"Kamu (umat islam) adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. [surah ali imran : 110]

3 comments:

nabila shi said...

good entry. sangat~
terima kasih sbb post

max'*bubble said...

insyaAllah
untuk diri ini jugee
sme2 la kte ye :)

mm said...

:)