JEJAKI MENGGAPAI SEGULUNG IJAZAH TAQWA DARI ILAHI..
1. Mu’ahadah (Mengingati Perjanjian)
Firman Allah s.w.t yang bermaksud : dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji (An_Nahl 16:91) Untuk mengingati perjanjian kita dengan Allah kita pelu memunyai masa menyendiri dan ‘berbual-bual’ dengannya. Sekurang-kurangnya dilakukan selepas solat fardu atau lebih afdal lazimkan untuk ber’dating’ denganNya kala dinihari!
2. Muraqabah (Merasakan dekat denganNya)
Rasulullah S.A.W bersabda ketika ditanya tentang ihsan, hendaklah kamu beribadah seolah-olah kamu melihatNya, dan jika kamu tidak melihatNya, maka sesungguhnya Allah melihat kamu’ riwayat Bukhari. Pada saat terjadi pertempuran dasyat didalam hati samada hendak melakukan sesuatu amalan, antara pujukan syaitan yang mengarah kepada riyak dan desakan NAFSU yang menyuruh meninggalkan amalan itu, rasa DEKAT/HAMPIR dengan Allah akan meleraikan peperangan itu. Terus lakukan amalan dengan jiwa yang ingin dekat dengan Allah semata-mata.
3. Muhasabah (Mengoreksi diri)
Ayat Cinta Allah yang bermaksud : “Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan” Al-Hasyr 59:18 .
Dengan muhasabah ianya dapat memperbaiki niat, menjana taubat dan menjadikan kita insan yang sentiasa BERINGAT! Justeru bersahabatlah dengan orang yang boleh membawa kita agar sentiasa mengoreksi diri.
4. Mu’aqabah (Menghukum)
Saya membawa anda untuk memahami konsep ini dengan memberikan analogi begini: Jika seseorang itu sangat suka makan nasi ayam misalny, maka mu’aqabah kesalahan, hendaklah dia menghukum dirinya dengan berkata “ kalau aku ‘chatting’ yang sia-sia lagi dalam minggu ni, aku tak boleh makan nasi ayam selama sebulan penuh.” Hukuman ini praktikal baginya kerana berbentuk menahan kesukaannaya agar dapat mendisiplinkan diri.
5. Mujahadah (Melawan dorongan nafsu)
Sentiasa INGAT ketika mana Allah berfirman yang bermaksud “ Dan orang yang BERJIHAD untuk mencari keredhaan) Kami, benar-benar Kami akan TUNJUKKAN kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” Al-Ankabut 29:69
Apabila kita TERBUAI DENGAN PESONA DUNIA mestilah bersikap TEGAS dengan DIRI SENDIRI.LAWAN, LAWAN dan tetap LAWAN! Ingatlah pada natijah sebuah MUJAHADAH AMATLAH MANIS DAN INDAH!
Akhirnya putera-puteriku..
Dengan Mu’ahadah jadilah kita orang yang teguh atas syariat Allah
Dengan Muraqabah, terasa diri tenang dengan kebersamaan Allah, baik kita bersendirian mahupun dikhalayak ramai, , kala senang mahupun susah, tika gembira mahupun duka, saat sihat mahupun sakit dan waktu lapang mahupun sibuk!
Dengan Muhasabah, bebaslah kita dari tarikan nafsu serta cepat kembali untuk memenuhi hak-hak Allah dan hak-hak manusia.
Dengan Mu’aqabah terhukumlah nafsu dan selamatlah diri daripada penyimpangan,
Dengan Mujahadah, kita dapat melakukan segala kebaikan dan menundukkan sifat bermalas-malasan, pujuk rayu iblis dan rangsangan syahwat.
Anak-anakku,
Peganglah lima jejak ini..ya tanpa konvokesyen yang meriah, tanpa jambangan bunga dari ibu dan ayah dan tanpa segulung 'kertas' yang kamu ambil di atas pentas! Moga2 kamu semua menjadi hamba yang dimuliakan Allah menerima dua ijazah serentak di dunia dan diakhirat! Walau bidang agama itu bukan laluanmu namun itu bukan alasan untuk kamu semua lari dari menggapai REDHA dan CINTA Ilahi. Bangkitlah, berjihadlah sedaya upayamu anak-anakku..kelak kamu akan melihat ISLAM kan kembali gemilang seantero dunia hasil dari jejak TAQWA yang kalian bawa!SELAMAT BERJUANG anak2ku tersayang! Maaf atas segala kekurangan dan kelemahan.Moga Allah mengurniakan saya kekuatan untuk ‘memberi’ lagi…
Salam Kasih Murabbi
Kamar Indah Kenangan
22 November 2010.
adaptasi dari tulisan Fatimah Syarha ~SOLUSI:2