04 July 2010

omelan hati


tuan,
isilah aku. penuhkan aku.
tidakkah kau tahu aku lemas begini ?
apabila diriku kosong,losong, seperti tidak bererti ?

tuan.
aku takut.
kekosongan memberi ruang kepada Arrajim
mereka menawarkan keseronokan
mereka menghamparkan kenikmatan
walau aku tahu ia hanya helah semata
namun fitrah diri,
aku pasti terpikat;
lalu terikat
lantas terbejat

tuan.
pantaslah berfikir !
aku lapar ini.
aku perlukan makanan
aku kepingin santapan
bukankah kau tahu,
tiap-tiap butir laku kata mengingat padaNya
merenjiskan kesegaran
mngembunkan ketenangan

tuan ,
aku tidak mahu mati
sekarang, di sini
belum tiba masanya lagi.
sudah-sudahlah dengan halwa dunia tu tuan.
kau lupakah aku di sini?
di dalam ini?
aku juga penting
malah, pengawal aqli dan fiili.

tuan ,
lekaslah membenteng!
ada ajnabi,
yang tak henti-henti;
mengetuk pintu dinding
mengocak tasik sukma yang lama terbuncah
memaksa keras diriku menyerah
baik kau cepat tuan !
jika aku rebah,
sesalan?
sia-sia!


tuan ,
adakah kau nampak lubang lubang itu?
eh, apakah titik-titik hitam itu?


tuan!
aku berpenyakit tuan!
rawat aku ! sembuhkan aku!
panggil doktor! panggil misi! panggil sekuriti!
aku berpenyakit tuan !


oh penawar oh penawar


tuan.
pernahkah walau sekali kau suakan aku
apa yang aku mahukan?
apa yang aku dambakan?


oh penawar oh penawar


tuan,
aku mahu TUHAN !

Ya, Tuhan.
tuhan,tuhan,tuhan
Allah,Allah,Allah

jika kau beri aku Dia
nescaya,
tiada apa lagi yang akanku rungutkan
malah,
tiada lagi pekikan pekikan yang merunsingkan

yang ada cumalah
ucapan kesyukuran

kerana ternyata
omelan ku mendapat perhatian


1 comment:

Afiqah Zulkifli said...

The way to go is not so far
it is sure the nearest path you have
just try to go for it
built your courage
follow your magical heart
He's always be there for you

Jgn risau ttg apa yg bakal kau tinggalkan
sabda nabi, dunia ini ibarat sampah
dan siapakah yg mengejar sampah ?

Ukhwwah itu bkn pd kerapnya pertemuan,
tp pd ingatan seseorg dlm doanya.

Sgguh wlpn perpisahan kita hanyalah pd nombor bilik, aku sentiasa rindu saat utk bersama.

Suatu hari nnt kau jga akan mengerti, mengapa aku perlu pd perpisahan yg sementara cuma ini.

Ia bkan kehendak aku. Tp satu tuntutan utk memudahkan taklifat besar ini.

syg sampai syurga ;)