15 May 2013

22 and New .

Alhamdulillah segala puji bagi Allah , aku genap 22 tahun 15 Mei 2013 . Alhamdulillah
Aku masih lagi bernafas , masih lagi berpeluang menebus dosa2 lama , masih ada ruang untuk bertaubat. Terimakasih yaAllah .


Aku ingat lagi tahun lepas , pada tarikh yang sama . How my friends pranked me . First time ever in my life :') Sayang korang ggg (hearts) . Dulu kat sekolah tak penah kene pun . Sebab salu jatuh atas tarikh exam and cuti . Plus  aku tak rasa aku ni kawan favourite so takde la dorang nak buat camni . Haha . Nak buat cemana , redhaaa je la . Jadi Prank pertama adalah pada umur 21 :) Hee , Thankyou una fuzah atie ka yanie eyqa raf umu shai dan sesiapa yang ada pada waktu itu . I really appreciate it . I loved it :) Merasaaa juga akhernya kekekek. Sayang korang semua . Rindu waktu tu :')

Tahun ni tataw nak rasa apa . Ucapan dr mereka yg rapat dan yang aku syg ,terimakasih atas segala ucapan2 dan hadiah2 :) Cukuplah sekadar mengetahui masih ada insan yang mengingati diri yang hina ini :') . Lagipun dgn labreports berlambak dan nak dekat exam semua org kejar due date. Dan lagi Mungkin kerana umur meningkat . Fokus aku lebih kepada bagaimana aku mencorak dan mengisi umur aku selama 22 tahun ni . How far i have become what i want . And what have i done to my life so far . emm. masa umur aku 18 ke 19 tahun , aku selalu baca blog Hilal Asyraf. Dia selalu kata yang kita kena rancang hidup kita ni so tak jadi sia2 . MasyaAllah masa tu rasa nk gugur jantung takut hidup aku sia2 Hahaha -.-" . Walaupun aku tak rasa hidup aku skrg tak ikut pun apa yg aku plan (eh ada ke plan? ) tapi alhamdulillah setakat ni okey lagi . Masih terisi perkara2 yang memberi faedah. Cuma sikit2 lagi kene baiki .


Antara perkara2 yang terkesan di hati bila cakap pasal prestasi diri dalam hidup ni , bila aku ukur sejauh mana aku dah jadi anak yang baik kepada parents aku . (mata bergenang) . Aku anak kedua . Along dah kahwin.  Jadi aku rasa beban ada kat bahu aku bila balik umah . Selalu boleh rilek2 kan . Sekarang ni tolong lah sedar diri kau tu da besar tua Maslin dah nak bole jadi bini orang , mak bapak pun bukan muda lagi (nanges) . Aku sampai satu tahap tu , terasa semu hidup kat uia ni semua palsu tipu fake . As if kalau semua jawatan/sukan/aktiviti tu ditarik dari aku , apa yang tinggal ? Diri aku yang mana satu akan diekstrak tu ? Punyalah dalam sangat fikir sampai depress/marah kat diri sendiri . Aku hilang arah . Ya , betul . Kawan2 tataw sgt benda ni sbb aku rasa macam aku sorang je leh setel benda ni hua3 .


Hari tu kitorang kelas NRM  kelas gabung semua biotech . Lepas kelas tu aku ada kuiz . Baru nak bacaaaaa mak aih . Jadi nk kluar pergi class laen tu ttbe nampak kak mira . Nampak semacam je .Ohemgee , die nanges . Aku pun duk lah sebelah dia .Tukar plan. Aku tggu je lah die cite sendiri . Then die kata " I jadi mcm u maslin  pikiaq lelebih" . Aku dengar je lah . Sbb aku yg salu ckp byk hihi.
And at that time aku rasa , kak mira rasa apa yang aku rasa . Youknoww this feeling of 'what hv i done to my life?!' . I feel you kak mira :')


Paling terasa masa final basketball Iscar . Walaupun dapat emas  tapi aku tak gembira pun , Sebab aku tahu game time tu langsung tak berkualiti . Aku sedeh teramat sangat .Aku mula rasa this thing is not for me anymore . Maybe its time for me to quit ? But This isnt me . Maslin without basketball is nothing . Faham dah apa aku cuba sampaikan ? Aku mula rasa , its enough . Memang sukar nak cakap benda ni. Dulu aku takpaham kenapa org giveup .Skrg aku tahu dah .


I think i hv arrived at the cliff , the turning point of my life . Kdg2 aku rasa basketball ni yg halang aku nak jadi sopan tu semua hahaha kenapa aku fikir camtu -.-. Sebab this thing has embedded in me since i was form 1 till now . Basketball is ME . Tiap kali cuti 3 bulan balik umah mesti nak masuk Masum  sampai kene chop tak consider family la bla3 . Aku harung semua tu . Demi basketball tersayang. haha .But we can change that . People change. And everything is temporary in this world . Yang kekal ? Hanya Allah . Dan kepada ALlah lah kita kembali .


Oleh itu , mari buat azam umur baru ! :D :

1. Stoking . Aku da lama da pikiaq benda ni . nk slow tu pun hati kena kuat aihhh , engat senang . Disebabkan kaki tgh luka , kita hold dulu ye . Target : Masa intern n Ramadhan nanti insyaAllah.

2. Masak . Perangai manusia mmg cmni kot , belum apa2 lagi nak terus hebat . Fah la pelupa .Aku stress betul masuk dapur. Masuk je , kene marah . Siapa suka ? Kalau camtu tak nak la balik umah hahahaah . Kalau pasal dapur aku mesti emosi . Perasaan terpendam dari zaman sekolah sbb salu kene marah kat dapur . Kdg2 macam benci pun adaaa!Grrrrrr!Jangan maslin jangan , Kawal emosi tu.Be rasional .Kita kena matang okey ? Mmg la kene matang,tapi umur aku da 22 tahun kott nak marah2 lagi ke ? Stress gilaa . Bila stress kerja macam haraamm , pastu kene marah lagi ! Ohh api syaitan is everywhere !
Tapi alonk kata,slow2 skit2 . Atleast masuk lah. ( skrg tahu tak betapa susa nya jadi perempuan T_T)

3. Creativity side . After ecdc , aku terasa mcm jumpa secebis diri aku yang hilang . Aku terasa sisi kreatif aku semakin terhakis . Dulu aku buat semua benda kot . Muzik , Menari ,  Menulis , Bahasa. Aku nak cari balik diri aku yang suka baca buku falsafah dan sastera tu . I forget how much i love language . Aku nak isikan lagi hati aku dengan ilmu2 bahasa dan sejarah melalui peluang2 yang ada . Hahaha .

4. Amalan agama .Target skrg , kalau ada event talk ke pape kita  cuba pergi even sorang2 . Kalau kita ada kesempatan masa , kita jejakkan kaki ke masjid . Subuh tak terlajak. Amalan sunat tak skip .

5. Anak solehah . try sabar dengan kerenah ibubapa . try faham disebalik kemarahan mereka . try emphatize tempat mereka . try gembirakan hati mereka . try become super Angah ! (Y) hewhew.

Kita azam lima dulu ye . I maybe slow but surely im heading to Allah ( Rafiqah Azira , 2013)

1 comment:

yana said...

i feel you sis! semoga niat yang baik diusuli dengan usaha yang baik. insyaAllah dipermudahkan.. :)

Happy belated and may Allah make your dreams come true