09 June 2010

m0mo

tatkala Akma mendengar wacana itu, hatinya tersentap. nafasnya seakan-akan ditarik,bumi dirasakan seperti berhenti berputar. "Astaghfirullahala'zim,Nau'zubillah". itu saja yang mampu diluahkan oleh Akma.

seringkali pada dada-dada akhbar, kelihatan artikel-artikel tentang kebejatan sosial remaja MelayuMuslim yang meruntun jiwa,menyesakkan dada menghiasi ruang koran. Akma agak cakna dengan semua perkara ini. apatah lagi apabila pelaku-pelaku itu adalah sekitar umurnya. Rasa sayang sebagai seorang saudara muslim kepada seorang lagi muslim terasa pekat mengalir di dalam darahnya. kadang-kadang hatinya terdetik,jikalau dia punya kuasa membantu mereka semua,sekaligus merungkai permasalahan itu dewasa ini. memang, hal ini bukan nya perkara baru, telah berlaku lama lagi, mungkin sebelum kelahiran diri. setiap kali pun hati Akma akan tersentap,dan tersentak.hatinya menangis mengenangkan masa depan islam di tangan generasinya. mampukah? telah bersediakah?.... khilafah?

tapi,kali ini lain, berita yang telah sampai ke pendengarannya ibarat meragut separuh nyawa. mengetahui rakan sendiri yang mengalaminya,telah membuka mata yang sesiapa sahaja mampu terjebak jika tiada siapa yang cakna. "Ya Allah ampunkan dosa-dosa kami Ya Allah. pelihara kami dari perkara-perkara yang mengundang kemurkaanmu" bibirnya tertitip doa ini. sungguh,dia sangat mengharapkan walau apa sahaja yang dihadapi rakannya itu, Allah jualah yang membantu dan tidak membiarkan dirinya menentukan nasibnya sendiri. moga-moga rakannya itu tidak menjauh,tetapi mendekat untuk meraih solusi.

dari perspektif dirinya pula,Akma dapat merasakan kelainan. serasa ada satu kuasa yang kuat dalam diri mengatakan, "kau perlu buat sesuatu Akma! ", "sanggup kau melihat generasi kau begini?!", "kau punya peluang Akma !". suara-suara begini ,yang mencarik-carik hati yang sentiasa bermain-main di mindanya.namun dia menaganggap ia sebagai sesuatu yang positif buat dirinya. " Allah,adakah ini tandanya kau sedang berbicara dengan ku?" hatinya mencari kepastian. sungguh,'sesuatu' telah mengalir dalam dirinya. di mindanya hanya terkilas satu perkataan sahaja: Daie. ya,semangat daie.

ada suatu ketika,Akma teragak-agak untuk menjawab apabila disuakan soalan,"adakah kau telah bersedia untuk berjihad dijalanNya? di jalan yang penuh perit ranjau,dihiasi onak duri,dilimpahi halangan yang tiada terhenti,TETAPI dibantu Allah dalam segenap aspek kehidupan.TETAPI diiringi Allah dalam langkah yang kau corakkan.DAN menjadi orang yang merasai janji Allah yang semestinya PASTI .adakah kau telah bersedia ?" tika itu, saat itu,dia terkedu. 'mampukah aku?' hatinya bermonolog sendirian. mengetahui kekurangan diri yang masih perlu dibaiki,adakah aku mampu membimbing yang lain? mampukah aku menjadi qudwah qabla dakwah? aku tidak mahu menjadi fitnah kepada Islam ! aku tidak suka mereka mengaitkan dengan apa yang aku tahu dengan apa yang aku lakukan.jadi layakkah aku?... tapiiiii, aku masih mahu. cume aku tidak tahu. bilakah waktu itu. bilakah saat itu. masih perlukah aku? masih ada ruangkah untuk dalam rantai perjuangan Mu ini ?- itulah Akma. konflik dalaman.

dengan izin Allah. tika ini,saat ini, hatinya seolah-olah terbuka kepada satu hakikat. sampai bila kau mahu menyembunyikan fitrah kau Akma? fitrah yang kau suka menyeru kepada kebaikan dan kau sensitif pada kemungkaran? sampai bila kau harus tunggu wahai Akma? sehingga matahari terbit sebelah barat kah ? sehingga sistem cakerawala berlanggarankahkah? sehingga hancur satu ummahkah?

Dia mengucapkan istighfar.ALlah...

jika ini adalah satu cara kau berbicara denganku yaAllah. kau bimbinglah aku dalam petunjukMu. Jangan Kau biarkan aku terkapai-kapai menentukan nasib ku sendiri. sungguh Ya Allah,adakah ini yang patut aku pilih...


*******

"apa yang anti menungkan tu?' tegur Hafsah.
"isyh anti ni,buat terkeut ana je. bagilah salam ke hape ke. tade pelahh. cume terkenang zaman dulu-dulu" ujar Akma
"elehhh yekeee, tah tah terpikirkan seseorang tuuu" seloroh Hafsah.
"haah,memang pun. tengah temenungkan pak cik guard tu bila lah nak kasi kite naek motor die tu. sebab ade orang tu da rindu motor die kat rumah,tak sabar nak merempit kat kampungg" kata Akma sambil menjeling ke arah Hafsah,
"oohhh perli orang ehhhh " tergeliang geliut Akma sambil dicubit-cubit oleh Hafsah. cubit manja.
"hahaha. tak adelahh. sebenarnya ana terkenangkan kawan kita,momo. apalah jadi dengan dia tu ye agaknya sekarang. keje kat mane,hidup dye mcmane. emm.lost contact terus. tak tahulah cne masalah die tu"
mereka berdua sama-sama duduk berteleku apabila nama m0m0 diusulkan.
"emm.. tu laaa.harap-harap dia baik-baik sajalah. same-same kite doakan agar Allah merahmatinya dan merancang sesuatu yang terbaik untuknya" Hafsah lebih positif dalam pengujarannya.
"yaa..mudah-mudahan begitu" jawab Akma. dalam diam dia merencana sesuatu.

1 comment:

Afiqah Zulkifli said...

Allah sudah tnjukkan jalan. Tp yg nak lalu adalah kita. Tak ramai yg tertarik. Sbb jalannya jauh lg panjang, tak tahu hujung pangkal, ujiannya bertubi2.

Sahabat, derita itu cuma sementara. Sungguh pejalan pada jalan ini punya tempat teristimewa di negeri abadi, kiranya mereka punya ikhlas yg tggi.

Sedangkan nabi pn tdk brdkwah sndri. Bila secara 'official nya' kita menginfakkan pd jalan ini, nescaya kau jumpa nikmat yg selama ini dicari. Cukuplah bagiku di dunia ini aku gadaikan driku pd jalan yg palingku yakini tiada rugi.

Mati itu rahsia Allah. Biarlah matinya kita nanti ketika melalui di jalan ini. Bukalah sedikit lg ruang di hati. Andai tanganmu menghulur, akanku pastikan ada yg menyambutnya. Aku mahu kita lalui jln ini bersama. Blh shja aku melaluinya bersama yg lain. Tp hati ini tidak tegar

Sahabat, mengertilah..
aku sentiasa menunggu kata darimu...